Hari ini Cikgu Vee akan menunjukkan cara menambah menggunakan jari yang melibatkan angka 6, 7, 8 dan 9. Cara pengiraan menggunakan jari adalah seperti berikut:
Contoh 1:
6 + 3 = _____
Mula-mula, minta murid menunjukkan 6 jari. Kemudian, tunjukkan 3 jari lagi.
Murid mengira jumlah semua jari yang ditunjukkan.
Kira jumlah hasil tambah (sambung daripada angka 8 tadi). Jadi, 8 + 4 = 12.
Cuba ini.
- 6 + 6 = _____
- 9 + 8 = _____
- 7 + 5 = _____
- 8 + 6 = _____
- 8 + 8 = _____
Bagi penambahan yang nombor pertama kurang daripada nombor kedua, contohnya: 3 + 9 =____. Untuk memudahkan pengiraan, murid boleh mula mengira nombor yang besar diikuti nombor yang kecil. Amat penting bagi murid tahu perbandingan antara nombor besar (9)dan nombor kecil (3). Besar bermaksud banyak atau lebih manakala kecil bermaksud sedikit atau kurang.
Cuba ini.
- 7 + 8 = _____
- 5 + 6 = _____
- 2 + 9 = _____
- 3 + 8 = _____
- 4 + 7 = _____
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: