Kenapa murid ini salah menjawab semua soalan tambah. Sebab apa ya? Pernah atau tidak terdetik seperti ini. Mungkin cikgu-cikgu atau ibu bapa pernah mengalami masalah seperti Cikgu Vee walaupun pelbagai cara telah digunakan tetapi murid masih gagal menguasai kemahiran.
Jadi, hari ini Cikgu Vee akan kongsikan satu cara menambah iaitu menambah menggunakan pembaris. Cara ini biasa Cikgu Vee gunakan untuk murid yang lemah dalam operasi tambah.
Jadi, hari ini Cikgu Vee akan kongsikan satu cara menambah iaitu menambah menggunakan pembaris. Cara ini biasa Cikgu Vee gunakan untuk murid yang lemah dalam operasi tambah.
Cara menambah menggunakan pembaris kuning. Caranya sama seperti menggunakan garis nombor.
Langkah 1 : Pastikan kamu menggunakan pembaris kuning 30 cm seperti di atas.
Langkah 2 : Baca soalan. Contoh soalan : 4 + 6 = _______
Langkah 3 : Mula mengira seperti di bawah.
Langkah 4 : Letak jari tangan kiri kamu di atas nombor 4. Kemudian jari tangan kanan mengira selepas nombor yang ditutup tadi. Kira satu-satu seperti 1, 2, 3, 4, 5 ,6. Nombor terakhir yang dikira ialah jawapan bagi operasi tambah itu. Jadi, 4 + 6 = 10.
Lebih mudah kalau kamu menggunakan cara ini. Daripada soalan kenal pasti nombor besar (6) dan kecil (4). Ambil nombor yang besar (6) untuk memulakan pengiraan seperti di bawah.
Namun begitu, kedua-dua cara boleh digunakan. Itu adalah atas pilihan kamu sendiri. Selamat mencuba.
Cuba ini.
- 6 + 8 = ____
- 9 + 9 = ____
- 8 + 9 = ____
- 7 + 4 = ____
- 5 + 7 = ____
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: