Setelah mempelajari cara menambah yang betul, kita teruskan pelajaran dengan penyelesaian masalah harian.
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tambah dan tolak hingga 100
Standard Kandungan : Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah.
Tajuk : Tambah dan tolak hingga 100
Standard Kandungan : Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah.
Terdapat 4 langkah dalam menyelesaikan masalah :
1. Fahami masalah (Baca dan kumpul maklumat).
2. Rancang penyelesaian guna pengetahuan matematik.
3. Laksanakan pengiraan dengan betul.
4. Cari dan semak jawapan.
Contoh :
Ali ada 45 biji guli merah dan 33 biji guli biru. Berapakah biji guli Ali kesemuanya?
Penyelesaian
Fahami Masalah :
- Guli merah = 45
- Guli biru = 33
- Jumlah = ?
Rancang Penyelesaian :
- Guna operasi tambah (+) untuk mencari jawapan.
- Selesaikan pengiraan menggunakan bentuk lazim.
Laksanakan Pengiraan :
Ali ada 78 biji guli kesemuanya.
Semak jawapan :
Semak sekali lagi pengiraan untuk mengelakkan kecuaian semasa mengira.
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: