Khamis, 1 Disember 2011

Tambah Menggunakan Jari

Hari ini Cikgu Vee ingin menerangkan cara menambah menggunakan jari. Cara ini sesuai untuk guru dan ibu bapa untuk mengajar murid atau anak mereka cara pengiraan asas tambah yang betul. Operasi tambah ialah jumlah bagi dua nombor atau lebih. Teknik ini sesuai untuk menambah nombor yang jumlahnya tidak melebihi 10.
Contoh 1 :

3 + 4 =___

Mula-mula, minta murid tunjukkan bilangan jari ikut kehendak soalan (3 dan 4).

Kemudian, minta murid mengira jumlah semua jari tersebut.
Contoh 2 :


5 + 5 = ____

Bagi murid yang tahu menggunakan jari mereka maksudnya tahu bilangan jari yang perlu ditunjukkan atau dikeluarkan boleh terus menggunakan cara ini.



Pengiraan di atas hanya sesuai untuk soalan yang tidak melebihi angka 5 iaitu 5, 4, 3, 2, 1 untuk tangan kanan dan kiri.

Cuba ini.
  • 1 + 1 =___
  • 1 + 2 =___
  • 1 + 3 =___
  • 1 + 4 =___
  • 1 + 5 =___
  • 2 + 1 =___
  • 2 + 2 =___
  • 2 + 3 =___
  • 2 + 4 =___
  • 2 + 5 =___
  • 3 + 1 =___
  • 3 + 2 =___
  • 3 + 3 =___
  • 3 + 4 =___
  • 3 + 5 =___
  • 4 + 1 =___
  • 4 + 2 =___
  • 4 + 3 =___
  • 4 + 4 =___
  • 4 + 5 =___
  • 5 + 1 =___
  • 5 + 2 =___
  • 5 + 3 =___
  • 5 + 4 =___
  • 5 + 5 =___



❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

Catat Ulasan

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...