Untuk hasil kerja yang teratur dan kemas, setiap kali mereka membuat pengiraaan bentuk lazim perkara pertama yang Cikgu Vee lakukan ialah menunjukkan cara menulis menggunakan bentuk lazim langkah demi langkah.
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tambah dan Tolak Nombor hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
(a) Melaksanakan pengiraan tambah.
Contoh :
3 + 2 =____
Ini kertas kotak-kotak yang ada dalam buku tulis murid. Bagi murid tahun 1 gunakan buku petak yang besar.
Langkah 1: Minta murid garis tepi.
Langkah 2: Murid diminta mula menulis pada kotak yang ke-3 selepas garis tepi. Rasionalnya kerana jumlah hasil tambah bagi murid tahun 1 tidak melebihi 100.
Langkah 3 : Tulis nilai tempat Puluh (Pu) dan Sa. Pada pelajaran yang lepas, Cikgu Vee telah menerangkan tentang nilai tempat. Kalau tidak tahu tentang nilai tempat atau mahu imbas kembali, klik sini>>
Langkah 4 : Murid menulis angka pada kotak nilai tempat yang betul. Nilai tempat bagi 3 dan 2 ialah sa.
Langkah 5 : Setelah siap, murid diminta membuat garis sama dengan selepas menulis angka yang ke-2 (2).
Langkah 6 : Tulis simbol tambah (+).
Langkah 7 : Murid mengira jumlah 3 + 2 = _____. Jika mahu imbas kembali pelajaran yang lepas tentang pengiraan, klik ini>>.
Langkah 8 : Tulis jawapan.
Langkah 8 : Tulis jawapan.
Ok, dah siap. Boleh cuba soalan lain pula. Melalui teknik di atas secara tidak langsung dapat membimbing murid Tahun 1 menulis dengan betul dan kemas terutama dalam buku latihan mereka.
**Nota: Sekiranya murid telah mengetahui cara meletakkan angka pada nilai tempat yang betul abaikan langkah 3.
**Nota: Sekiranya murid telah mengetahui cara meletakkan angka pada nilai tempat yang betul abaikan langkah 3.
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: