KEMAHIRAN

TAMBAH

PENGENALAN

Pengalaman awal murid tentang penambahan merupakan asas untuk menimbulkan minat dalam mata pelajaran Matematik. Kejayaan atau kegagalan pada peringkat awal menyelesaikan masalah penambahan memainkan peranan penting dalam menentukan sikap murid terhadap matematik pada tahun- tahun selanjutnya dalam alam persekolahan. Konsep yang dikuasai semasa mempelajari tajuk penambahan merupakan asas penting untuk mempelajari tajuk yang lebih mencabar seperti pendaraban.

Sebelum murid mula diperkenalkan dengan operasi tambah, mereka seharusnya telah menguasai kemahiran berikut:
  • Membilang hingga 10.
  • Menyusun kumpulan benda sehingga 10.
  • Membaca dan menulis angka 1 hingga 10.
  • Memadankan angka daripada 1 hingga 10 dengan perkataan nombor.
  • Mengenal simbol "0" dan perkataan nombor "sifar" dan memahami maknanya.
  • Mengabadikan nombor.



______________________________________________



KONSEP PENAMBAHAN

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor yang ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.


Oleh sebab bertindak terhadap dua nombor serentak, operasi tambah dinamakan operasi dedua.


Dua cara yang lazim digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan, ialah :
  1. Penyatuan set.

Penambahan dua nombor 2 + 3 = 5 diwakilkan oleh set 2 objek dan set 3 objek. Hasil tambah kedua-dua nombor ini sama dengan bilangan unsur dalam set penyatuan, iaitu 5.


     2.  Pengukuran pada garis nombor.

    Penambahan dua nombor, misalnya 5 dan 4, digambarkan dengan pergerakan 5 langkah ke kanan bermula daripada 0, disusuli 4 langkah lagi ke kanan. Titik pada garis nombor tempat berhenti (9) mewakili hasil tambah dua nombor itu. Jadi
    Ayat Matematik : 5 + 4 = 9


    _____________________________________________


    MEMPERKENALKAN BENTUK LAZIM UNTUK PENAMBAHAN

    Semasa murid mempelajari tentang penambahan, ayat matematik (bentuk persamaan) digunakan kerana maknanya lebih mudah difahami dan bentuknya sesuai sebagai satu catatan untuk menghuraikan situasi sebenar. Oleh sebab penambahan bentuk lazim digunakan dalam algoritma, bentuk itu boleh diperkenalkan kepada murid setelah mereka dibiasakan dengan ayat matematik bentuk persamaan.

     Ayat Matematik: 1 + 1 = 2

    Untuk mengurangkan kekeliruan pada murid, guru haruslah menukarkan ayat matematik bentuk persamaan kepada bentuk lazim secara seragam. 


    Penambahan bentuk lazim


    _______________________________________________


    FAKTA ASAS TAMBAH
    MAKNA DAN KEPENTINGAN
    Setelah murid memahami konsep penambahan dan dapat menulis ayat penambahan dengan betul, mereka boleh diperkenalkan kepada fakta asas tambah, termasuk strategi mempelajarinya agar fakta itu dapat diingat kembali dengan cepat dan tepat.
     
    Carta Fakta Asas Tambah

    Untuk memudahkan murid mengingati dan menyebut fakta asas tambah secara spontan, guru harus mempertimbangkan tertib penyampaian kombinasi fakta asas tambah tersebut. Sebagai cadangan, guru boleh memperkenalkannya secara berperingkat-peringkat seperti yang berikut : 
    • Jumlah kurang daripada 10.
    • Jumlah 10.
    • Jumlah 11 hingga 18. 

       *PERHATIAN
      Pelbagai bentuk latihan serta latih tubi adalah penting 
      untuk pemahaman konsep dan pembentukan kecekapan.

      Terdapat 16 kombinasi yang sukar diingati oleh murid. Oleh itu, guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada fakta asas ini. Kombinasi berkenaan ialah :

      9 + 8 atau 8 + 9
      9 + 6 atau 6 + 9
      8 + 7 atau 7 + 8
      9 + 5 atau 5 + 9
      8 + 6 atau 6 + 8
      9 + 4 atau 4 + 9
      8 + 5 atau 5 + 8
      7 + 5 atau 5 + 7

      _____________________________________________


      ALGORITMA PENAMBAHAN

      Istilah algoritma, berasal daripada nama seorang tokoh matematik bernama Al-Khorizmi, bermakna prosedur atau langkah serta format yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid boleh diperkenalkan kepada algoritma penambahan sebaik sahaja mereka telah memahami nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah.


      Sebelum algoritma lazim yang biasa digunakan, murid boleh diperkenalkan algoritma perkembangan.


      Bentuk cerakin (perkataan)              Bentuk cerakin (angka)

             25 = 2 puluh  5 sa                          25 = 20  +  5
          + 56 = 5 puluh  6 sa                       + 56 = 50  +  6
                     7 puluh 11 sa                                 70  + 11  = 70 + (10 + 1)
                  = 8 puluh   1 sa                                               = ( 70 + 10 ) + 1
                                                                                           = 80 + 1
                                                                                           = 81





















      ______________________________________________



      MENAMBAH NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR SATU DIGIT

      Penambahan yang melibatkan nombor dua digit dengan nombor satu digit , seperti 10 + 2, 13 + 5, 43 + 4 dan sebagainya, amat penting kerana penambahan ini digunakan dalam situasi seperti yang berikut :

      (a) Penambahan yang melibatkan tiga juzuk tambah atau lebih.

            4 + 8 + 5 = _____                    4
                                                            8
                                                        +  5
                                                                


      (b) Algoritma pendaraban 
                                                        2
            18 + 2 = 20                          3 4
                                                     X    6
                                                       204 

      Murid seharusnya boleh menambah nombor-nombor itu dalam satu langkah untuk membantu dalam penambahan mengikut lajur dan pendaraban.

      Kemahiran mengendalikan penambahan nombor dua digit dengan nombor satu digit dan penambahan mengikut lajur memerlukan pemahaman bukan sahaja fakta asas tambah, tetapi juga kebolehan menyatakan semula suatu nombor yang lain dalam yang berbeza (contohnya: 9 = 3 + 6; 23 = 20 + 3 dan sebagainya).

      Pada permulaannya, murid memperoleh jawapan untuk penambahan nombor dua digit dengan nombor satu digit melalui pelbagai aktiviti dengan menggunakan bahan manipulatif yang berlainan. Seterusnya, mereka boleh mengkaji kumpulan contoh penambahan nombor dua digit dengan nombor satu digit itu, dan daripada corak yang wujud, mereka membuat rumusan yang sewajarnya. Rumusan ini akan membantu murid melakukan penambahan secara automatik dan cepat.

      _______________________________________________



      MENAMBAH NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR SATU DIGIT TANPA MENGUMPUL SEMULA 
      • Menggunakan Pembilang




      ❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...