Jumaat, 9 Disember 2011

Menambah Menggunakan Bentuk Lazim (6)

 
Hari ini Cikgu Vee akan menunjukkan cara "Menambah 2 Nombor 2-Digit dengan Mengumpul Semula".

Bidang : Nombor dan Operasi 
Tajuk : Tambah dan Tolak Nombor hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
                                             (a) Melaksanakan pengiraan tambah.

Contoh 1 :

64 + 27 = _____

Langkah 1 : Tulis dan susun nombor pada nilai tempat yang betul.

Langkah 2 : Tambahkan nilai tempat Sa dahulu iaitu 4 + 7 = 11.

Langkah 3 : Tulis nombor 11 (kecil sahaja) di sebelah nombor 7.

Langkah 4 : Tandakan nombor 1 dan tulis pada petak jawapan. Kemudian tandakan nombor 1 lagi dan tulis di atas nombor 6 (Mengumpul Semula).

Langkah 5 : Tambahkan nombor 1, 6 dan 2 iaitu 1 + 6 + 2 = 9.

Langkah 6 : Tulis nombor 9 pada petak jawapan.
Langkah 7 : Jadi, 64 + 27 = 91. Sila semak semula jawapan anda.


Contoh 2 :

52 + 48 = _____

 
Jadi, 52 + 48 = 100



❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

Catat Ulasan

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...