Jumaat, 9 Disember 2011

Menambah Menggunakan Bentuk lazim (4)

Hari ini Cikgu Vee akan menunjukkan cara menambah dengan angka sifar "0". 


Bidang : Nombor dan Operasi 
Tajuk : Tambah dan tolak hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
                                             (a) Melaksanakan pengiraan tambah.

Contoh :
56 + 0 = ________
Langkah 1 : Tulis dan susun nombor pada nilai tempat yang betul.


Langkah 2 : Tambahkan nilai tempat Sa dahulu. 6 + 0 = 6
 

Langkah 3 : Kemudian, tambahkan nilai tempat Puluh (Pu) pula. Oleh kerana hanya ada 1 nombor sahaja iaitu 5, bawa turun atau tulis semula nombor lima pada petak jawapan.

Jadi, 56 + 0 = 56. Maksudnya sebarang nombor jika ditambah dengan sifar "0" jawapannya nombor itu semula.


Mari kita cuba soalan yang lain.
(a) 0 + 43 = ____
 
Jadi, 0 + 43 = 43.

(b) 70 + 16 = ______

Jadi, 70 + 16 = 86.

(c) 43 + 20 = ________
 
Jadi, 43 + 20 = 63.

Cuba ini.
  • 66 + 0 = _______
  • 59 + 0 = _______
  • 0 + 27 = _______
  • 0 + 95 = _______
  • 32 + 40 = ______
  • 78 + 10 = ______
  • 50 + 33 = ______
  • 80 + 19 = ______



❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

Catat Ulasan

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...