Jumaat, 9 Disember 2011

Menambah Menggunakan Bentuk Lazim (5)

Hari ini Cikgu Vee akan menunjukkan cara "Menambah 2 Nombor 2-Digit dan 1-digit dengan Mengumpul Semula".

Bidang : Nombor dan Operasi 
Tajuk : Tambah dan Tolak Nombor hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
                                             (a) Melaksanakan pengiraan tambah.


Contoh 1:

13 + 9 = _____


Langkah 1 : Tulis dan susun nombor pada nilai tempat yang betul.

Langkah 2 : Tambah nilai tempat Sa dahulu iaitu 3 + 9 = 12

Langkah 3 : Tuliskan nombor 12 (kecil sahaja) di sebelah nombor 9.

Langkah 4 : Kemudian, tandakan nombor 2 dan tulis nombor 2 pada petak jawapan. Selepas itu tandakan pula nombor 1 dan tulis nombor 1(Mengumpul Semula) di atas nombor 1 seperti contoh di bawah.

Langkah 5 : Tambahkan nombor 1 dengan 1 iaitu 1 + 1 = 2.

Langkah 6 : Tulis nombor 2 pada petak jawapan.
Langkah 7 : Jadi, 13 + 9 = 22. Sila semak semula jawapan anda.


Contoh 2 :
48 + 5 = ____

Jadi, 48 + 5 = 53




❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Semoga dipermudahkan urusan..

    BalasPadam

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...