Khamis, 8 Disember 2011

Menambah Menggunakan bentuk lazim (3)

 
Hari ini Cikgu Vee akan menunjukkan cara "Menambah Dua Nombor 2-Digit" menggunakan bentuk lazim. Caranya mudah sahaja.

Bidang : Nombor dan Operasi 
Tajuk : Tambah dan Tolak Nombor hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
                                             (a) Melaksanakan pengiraan tambah.


Tanpa Mengumpul Semula

Contoh :
36 + 43 = _________

Langkah 1 : Tulis Nombor pada nilai tempat yang betul.
 


Langkah 2 : Tambah nilai tempat Sa dahulu iaitu 6 +3 = 9.


Langkah 3 : Tambahkan nombor pada nilai tempat Puluh (Pu) iaitu 3 + 4 = 7.

Jadi, 36 + 43 =  79. Semak semula jawapan anda. Selamat mencuba:)





❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

Catat Ulasan

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...