Adakah anda sudah menghafal sifir? Kalau belum mari kita tengok video ini. Teknik ini sesuai digunakan untuk murid-murid yang belum atau tidak hafal sifir lagi. Cikgu Vee harap murid-murid menggunakan masa cuti sekolah ini untuk menghafal sifir. Terutama sekali kepada murid Tahun 6 yang dikasihi. Ingat, tahun depan kamu akan menduduki peperiksaan UPSR. Kalau nak dapat A dalam mata pelajaran Matematik mesti hafal sifir ya....
Namun bagi yang tidak hafal sifir jangan berputus asa. Kita masih ada cara penyelesaiannya iaitu dengan membina Jadual Sifir yang mudah. Sekurang-kurangnya tidak ada lagi murid yang akan menjawab kepada Cikgu Vee atau mana-mana cikgu yang "Saya tidak tahu menjawab soalan itu kerana saya tidak hafal sifir tersebut". Alasan yang Cikgu Vee tidak boleh terima walaupun jujur.
Sebenarnya ada banyak cara kita untuk mengatasi masalah murid tidak menghafal sifir. Contohnya, penambahan berulang (6X7 = 7+7+7+7+7+7). Namun cara ini mungkin agak leceh sedikit kerana kena menambah satu-satu.
Terlebih dahulu Cikgu Vee ingin mengucapkan terima kasih kepada Cekgu Isza atas video yang amat berguna ini. Jom lihat:)
sama2
BalasPadam:)