Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tambah dan Tolak Nombor hingga 100
Standard Kandungan : Tambah dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran : Tambah dalam Lingkungan 100
(a) Melaksanakan pengiraan tambah.
Tanpa Mengumpul Semula
Contoh :
15 + 4 =_____
Langkah 1 : Baca soalan.
Langkah 2 : Kenal pasti nombor dan operasi yang terlibat.
Langkah 3 : Tulis nombor pada nilai tempat yang betul seperti "a".
Langkah 4 : Buat garis sama dengan seperti "b".
Langkah 5 : Tulis simbol "+" seperti "c".
Langkah 6 : Kira jawapan. Mulakan pengiraan dari belakang ke hadapan iaitu dari kanan ke kiri. Tambah nilai tempat "Sa" seperti "d" dahulu. Jadi, 5 + 4 = 9 seperti "e". Tulis jawapan di bawah nombor 4 seperti "f".
Langkah 7 : Kemudian, tambah nilai tempat puluh (Pu) pula. Oleh kerana tiada nombor di bawah nombor 1 jadi bawa turun nombor satu tersebut dan tulis pada ruang jawapan seperti "f" atau dengan kata lain tulis semula nombor 1 itu di tempat jawapan.
Langkah 8 : Akhir sekali, gariskan jawapan tersebut.
Langkah 9 : Jangan lupa semak semula.
Hanya semudah itu kan.....Menggunakan cara yang sama, cuba kamu buat soalan yang lain pula.
Mari kira.
- 16 + 2 = ____
- 24 + 3 = ____
- 8 + 51 = ____
- 6 + 92 = ____
- 53 + 6 = ____
***Nota : Untuk soalan yang dimulakan dengan nombor 1 digit tambah nombor 2 digit contoh 5 + 12 lebih mudah tulis angka 12 dulu diikuti nombor 5 tetapi sekiranya murid mahu menulis nombor 5 dulu diikuti nombor 12 juga tidak mendatangkan masalah. Cuma pastikan nombor yang kamu susun dan tulis mestilah pada nilai tempat yang betul.
Kaedah 1 Kaedah 2
Hasil tambah bagi kedua-dua operasi ini sama kan. Jadi, terpulanglah kepada kamu untuk memilih hendak menggunakan kaedah 1 atau 2.
***Peringatan***
- Pastikan kamu menyalin nombor yang sama dengan soalan.
- Pastikan kamu menulis nombor pada nilai tempat yang betul.
- Semak semula jawapan sekurang-kurangnya 2 kali.
- Selamat mencuba.
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: