D.Lumb (1980) dalam majalahnya ‘ Mathematics in School’ Vol : 9 No.3 May 1980, ‘ tidak ada satu cara atau formula tertentu untuk menjawab soalan’. “ Bagaimana hendak mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik?” Mungkin satu pendekatan sesuai kepada murid ‘A’ tetapi tidak dapat difahami oleh murid ‘B’.
Walau bagaimanapun beberapa garis panduan boleh digunakan untuk mengatasi kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik. Di antaranya ialah:-
- Pada peringkat permulaan, mengenal konsep nombor kepada kanak-kanak mestilah menggunakan benda maujud yang sebenar yang ada di persekitarannya. Apabila konsep ini dapat dikuasai dan difahami, maka ia hendaklah digunakan secara praktik dalam keadaan seharian.
- Lambang-lambang dan tanda-tanda dalam matematik hendaklah jangan diperkenalkan di peringkat awal. Kanak-kanak tersebut perlulah memahami nilai dan proses untuk mendapatkan benda tersebut.
- Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran secara efektif . Oleh itu langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang lalu dengan tahap yang ada sekarang.
- Latihan-latihan adalah perlu tetapi latihan yang diberi mestilah difahami dengan jelas dan kukuh. Cara yang selalu dilakukan ialah:-
- Buat…………………….Do
- Fahamkan……………..Understand
- Mahirkan………………Practices
- Kukuhkan……………..Consolidate
- Mengingatkan………..Memorises
- Kerja-kerja lisan perlu ditegaskan pada semua peringkat. Oleh kerana daya ingatan kanak-kanak amat terhad maka pengulangan yang kerap mesti dilakukan.
- Apabila menggunakan alatan, guru haruslah mengambil perhatian bahawa tumpuan perhatian kanak-kanak tidak tertumpu pada operasi alat tersebut, tetapi hendaklah dititik beratkan kepada konsep-konsep yang diperkenalkan.
- Penggunaan benda-benda maujud hanya sebagai titian untuk membawa kanak-kanak tersebut dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah keupayaan berfikir dan menggunakan secara abstrak. Oleh itu latihan-latihan perlu diberikan ke arah matlamat tersebut.
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: