Permainan Dam Ular Tangga boleh digunakan dalam Operasi Tambah. Operasi ini boleh dilihat semasa melempar dadu, murid dikehendaki melempar dua dadu secara serentak dan mengira jumlahnya sebelum melangkah ke tapak seterusnya.
Permainan dam adalah nama sejenis permainan papan. Permainan dam datangnya daripada sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat beberapa jenis permainan dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular. Kamus Wikipedia menyatakan Permainan Dam Ular Tangga telah diperkenalkan sekitar tahun 1870. Ular tangga adalah permainan papan yang dimainkan oleh 2 orang atau lebih. Papan permainan dibagi dalam kotak-kotak kecil dan dibeberapa kotak terdapat sejumlah “ular" dan "tangga" yang menghubungkannya dengan kotak lain. Permainan Ular Tangga berasal dari India. Awalnya, permainan ini adalah hasil ciptaan umat Hindu. Tujuan awalnya permainan ini adalah untuk mengajar mengenai nilai-nilai moral. Sebuah laman sesawang yang dihasilkan oleh seorang warga India, menjelaskan Dam Ular Tangga atau dikenali dengan Snake and Ladder.
Undang-undang Permainan Dam Ular Tangga

- Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.
- Setiap pemain perlu menggunakan dua buah dadu untuk menentukan kedudukannya. Lempar kedua-dua dadu serentak. Tambahkan bilangan dadu 1 dengan bilangan dadu 2.
- Bergerak dijalankan sesuai dengan jumlah kedua-dua mata dadu yang muncul mengikut urutan nombor.
- Jika pemain mendapat kedua-dua dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.
- Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang telah ditetapkan.
- Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang.
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: