Jumaat, 4 November 2011

Latihan yang Berterusan dan Pelbagai

Hai pembaca sekalian, hari ini Cikgu Vee hendak memberitahu tentang betapa pentingnya latihan yang berterusan dan pelbagai dalam mata pelajaran Matematik.

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya (D' Augustine, 1973).
Apabila bercakap tentang latihan dalam matematik, ramai yang beranggapan bahawa latihan tersebut hanyalah latihan bertulis sahaja. Sedangkan latihan untuk tujuan penguasaan kemahiran boleh dalam berbagai bentuk, sama ada secara tulisan, lisan, permainan dan simulasi atau dalam bentuk projek. Walau bagaimanapun latihan tersebut seharusnya:
  • Jelas dan jitu
  • Merangkumi semua kemahiran atau isi pelajaran dalam sesuatu topik.
  • Menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
  • Pelbagai bentuk atau variasi
  • Berkesinambungan dan saling lengkap melengkapi
  • Pelbagai aras kesukaran
  • Termasuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan
  • Pengabungjalinan dengan topik dan subjek lain
  • Sama ada 'self-scoring' atau 'easily scored'
Latihan dalam matematik tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja, malah ia boleh didapati di mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian (Flansburg, 1994). Oleh yang demikian, perancangan dan penyediaan soalan latihan hendaklah melibatkan pelbagai situasi dan merangkumi segala aktiviti kehidupan seharian. Tentu sekali, bentuk soalannya lebih tertumpu kepada aktiviti penyelesaian masalah. Terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi penguasaan matematik seseorang pelajar (Flansburg, 1994):
  • Strategi am dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
  • Ingatan (memory.
  • Latihan dan amalan yang berterusan.
 
 


    ❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

    Catat Ulasan

    Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
    Insya Allah komen anda akan dilayan :)

    Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...