Jumaat, 4 November 2011

Pengayaan dan Pemulihan

Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). 

Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu.
Aktiviti pengayaan mestilah dapat:
  • Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
  • Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh
  • Mengembangkan daya kreativiti pelajar
  • Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :
  • Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari
  • Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya
  • Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
  • Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep
  • Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
  • Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.


❤❤❤KALAU SUKA LIKE...JANGAN LUPA KOMEN TAU...TQ❤❤❤

Catat Ulasan

Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)

Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...