Hari ini, mari kita belajar matematik menggunakan kaedah baru. Kaedah ini boleh diajar khususnya kepada kanak-kanak.
Apa itu MY RUMMY ?
My Rummy ialah satu versi game-card dalam matematik yang berbentuk padanan kad atau ‘matching card games’ dan mungkin lebih sesuai untuk menjelaskan mengenai permainan rummy. My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan, sesuai dengan naluri kanak-kanak, maka, My Rummy dicipta untuk murid-murid belajar matematik dalam permainan berbentuk game-card yang secara tidak langsung, menggalakkan interaksi sosial antara mereka. My Rummy bukan permainan game-card yang membuang masa kerana selain daripada keseronokan, My Rummy juga direkabentuk untuk membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas. Dalam My Rummy Level 1 yang ditawarkan, ia memberikan fokus terhadap penguasaan konsep tambah dan tolak (addition and subtraction) sahaja.
Dengan menggunakan kad yang dimainkan dalam kumpulan kecil, kanak-kanak belajar berinteraksi dan beraktiviti sesama mereka untuk mengembangkan minda mereka secara semulajadi. Hal ini selaras dengan teori yang ditekankan oleh Piaget. Penggunaan permainan matematik sebagai alat bantuan mengajar juga adalah salah satu elemen yang memperkembangkan kurikulum pembelajaran matematik di sekolah rendah.
CARA BERMAIN MY RUMMY
Player 6, Player 1, Player 5, Player 4, Player 3, Player 2
- Permainan ini mempunyai 6 player. Setiap player diberikan 1 kad yang mempunyai nombor yang berbeza dan ayat matematik.
- Player 1 menyebut nombor pada kad My Rummy mereka sendiri diikuti dengan ayat matematik yang tertera pada kad dengan kuat. Contohnya, Player 1 akan menyebut: “4 is my number, what is the number if we add 3 more to 4? ”. Melalui operasi ADD, pernyataan "add 3 more to 4" akan memberikan jawapan SEVEN iaitu 7.
- Player yang memegang nombor 7 akan memberikan maklum balas. Misalnya player 6. Dia akan mengangkat tangan dengan pantas dan juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 6 dengan yakin akan menyebut: “7 is my number, what happen if we remove 5 from 7?”. Melalui operasi REMOVE , pernyataan "remove 5 from 7" memberikan jawapan TWO iaitu 2.
- Misalnya player 5 memegang kad nombor 2, maka Player 5 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummynya dengan nada suara yang kuat. Langkah permainan seperti di atas akan berulang sehingga setiap player berpeluang menyebut nombor masing-masing.
- Apabila hasil operasi matematik kembali kepada Player 1 yang pada asalnya memulakan permainan My Rummy memberikan maklumbalas secara automatik permainan My Rummy pun tamat.
Sumber rujukan : http://teachers.net/classifieds/games
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: