Mari kita belajar Matematik sambil menyanyi. Terciptanya lagu matematik ini adalah bertujuan untuk membantu murid menghafal, mengingati dan memahami segala yang berkaitan dengan Matematik. Penggunaan lagu dalam kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan efektif.
Murid-murid akan belajar Matematik dengan riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan kerana belajar sambil menyanyi. Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat dan kesungguhan mereka mendalami mata pelajaran ini. Penggunaan lagu dapat mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid akan berani memberi pendapat dan komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan. Penggunaan lagu juga boleh membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan atau bertulis berpandukan lagu yang dipelajari.

Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....
0 comments: