Dari segi teknik dan aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu. Dari segi bahan pula, aktiviti ini hendaklah menekankan penggunaan bahan yang pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya waktu berinteraksi dengan bahan tersebut.
Kaedah pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :-
Kaedah pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :-
a. Pengajaran individu.
b. Pengajaran kumpulan kecil.
b. Pengajaran kumpulan kecil.
c. Pengajaran rakan sebaya.
Pengajaran individu
Guru menumpukan pemerhatian kepada seseorang murid yang tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan.
Pengajaran Kumpulan kecil
Guru membentuk kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama . Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
Insya Allah komen anda akan dilayan :)
Sila datang lagi ya,TQ❤❤❤....